Aktiviti 2.2:
Tujuan: Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena, C10H8
Bahan: Naftalena, C10H8 dan air
Radas: Tabung didih, bikar 250 cm3, termometer, tungku kaki tiga, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen, jam randik, kelalang kon, kasa dawai dan spatula
Prosedur:
1. Penuhkan satu per tiga tabung didih dengan naftalena, C10H8.
2. Letakkan termometer ke dalam tabung didih itu.
3. Isikan air ke dalam sebuah bikar sehingga separuh penuh.
4. Masukkan tabung didih ke dalam bikar dan apitkan tabung didih seperti dalam Rajah 2.4. Pastikan aras naftalena, C10H8 dalam tabung didih berada di bawah paras air di dalam bikar.

5. Panaskan air dan kacaukan naftalena, C10H8 secara perlahan dengan menggunakan termometer. Apabila suhu naftalena, C10H8 mencapai 60.0 °C, mulakan jam randik.
6. Catatkan suhu dan keadaan jirim naftalena, C10H8 pada selang masa 30 saat sehingga suhu mencapai 90.0 °C.
7. Keluarkan tabung didih daripada kukus air. Keringkan permukaan luar tabung didih dan letakkan tabung didih ke dalam kelalang kon seperti dalam Rajah 2.5.
8. Kacaukan naftalena, C10H8 secara berterusan.
9. Catatkan suhu dan keadaan jirim naftalena, C10H8 pada selang masa 30 saat sehingga suhu menurun ke 60.0 °C.
10. Rekod pemerhatian anda.
Mentafsir data:
1. Plotkan satu graf suhu melawan masa untuk yang berikut:
(a) Pemanasan naftalena, C10H8
(b) Penyejukan naftalena, C10H8
2. Pada graf, labelkan keadaan jirim naftalena, C10H8 sama ada dalam keadaan pepejal, cecair atau kedua-duanya.
3. Tentukan takat lebur dan takat beku naftalena, C10H8 daripada graf yang telah dilukiskan.
Perbincangan:
1. Semasa pemanasan naftalena, C10H8:
(a) Mengapakah naftalena, C10H8 tidak dipanaskan secara langsung dengan menggunakan api daripada penunu Bunsen?
(b) Mengapakah kaedah kukus air digunakan?
2. Semasa penyejukan naftalena, C10H8:
(a) Mengapakah tabung didih diletakkan ke dalam kelalang kon?
(b) Mengapakah naftalena, C10H8 dikacau secara berterusan?
(c) Ramalkan apa yang akan berlaku jika naftalena, C10H8 tidak dikacau secara berterusan.
3. Terangkan mengapa suhu menjadi malar semasa peleburan dan pembekuan naftalena, C10H8 berlaku.
Jawapan:
Perbincangan:
1. (a) Naftalena, C10H8 merupakan suatu bahan yang mudah terbakar.
(b) Kaedah kukus air dapat mengagihkan haba secara serata. Perkara ini dapat memastikan pemanasan yang sekata.
2.(a) Untuk memastikan proses penyejukan yang sekata.
(b) Untuk mengagihkan haba secara serata.
(c) Penyejukan lampau akan berlaku.
3. Semasa peleburan, tenaga haba yang diserap digunakan oleh zarah naftalena, C10H8 untuk mengatasi daya tarikan antara zarah sehingga pepejal bertukar menjadi cecair.
Semasa pembekuan, tenaga haba yang dibebaskan ke persekitaran diimbangi oleh tenaga haba yang terbebas apabila zarah menarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal.