Uji Kendiri 2.1 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2 (Jirim dan Struktur Atom)


Soalan 1:
Nyatakan jenis zarah yang wujud di dalam wayar kuprum.

Jawapan:
Atom


Soalan 2:
Lily mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut.
(a) Apakah nama proses yang terlibat semasa pengeringan rambut?
(b) Nyatakan perubahan terhadap pergerakan zarah air apabila rambut dikeringkan.

Jawapan:
(a) Penyejatan

(b) Zarah air bergerak secara bebas dengan lebih laju.


Soalan 3:
Asid laurik, C12H24O2 dipanaskan daripada suhu bilik ke 50.0 °C. Pada 43.0 °C, asid laurik, C12H24O2 mula melebur.
(a) Lakarkan satu lengkung pemanasan untuk asid laurik, C12H24O2.
(b) Mengapakah suhu malar pada 43.0 °C?

Jawapan:
(a)


(b) Tenaga haba yang diserap digunakan oleh zarah asid laurik, C12H24O2 untuk mengatasi daya tarikan antara zarah sehingga pepejal bertukar menjadi cecair.