Aktiviti 3.11 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Aktiviti 3.11:
Menentukan formula empirik
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16, Cl = 35.5, K = 39, Br = 80, Sn = 119, I = 127]

1. Satu sampel kalium bromida mengandungi 6.24 g kalium dan 12.8 g bromin. Apakah formula empirik kalium bromida?

2. Satu sampel 26.1 g stanum klorida didapati mengandungi 11.9 g stanum. Nyatakan formula empirik stanum klorida itu.

3. 0.03 mol unsur Y berpadu dengan 7.62 g iodin untuk menghasilkan garam iodida. Nyatakan formula empirik bagi garam iodida itu.

4. Seorang ahli kimia menganalisis sebatian yang memberikan bau kepada buah pisang yang masak ranum. Dia mendapati sebatian ini mengandungi 64.62% karbon, 10.77% hidrogen dan 24.61% oksigen. 

Apakah formula empirik sebatian tersebut?


Jawapan:
1. KBr
2. SnCl4
3. YI2
4. C7H14O2