Aktiviti 3.12:
Tujuan: Menentukan formula empirik magnesium oksida.
Bahan: 10 cm pita magnesium dan kertas pasir
Radas: Mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat dan penimbang elektronik
Prosedur:
1. Timbangkan jisim mangkuk pijar bersama-sama penutupnya dan rekod jisim.
2. Gosokkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir sehingga berkilat. Gulungkan pita dan masukkan ke dalam mangkuk pijar.
3. Timbangkan jisim mangkuk pijar bersama-sama dengan penutup serta gegelung pita dan rekod jisim.
4. Sediakan susunan radas seperti dalam Rajah 3.12.

5. Panaskan mangkuk pijar tanpa penutup terlebih dahulu.
6. Apabila pita magnesium mula terbakar, tutupkan mangkuk pijar dengan penutup.
7. Bukakan penutup sedikit secara sekali-sekala dan tutupkan semula mangkuk pijar itu dengan cepat menggunakan penyepit.
8. Apabila pembakaran magnesium telah lengkap, bukakan penutup mangkuk pijar dan panaskan mangkuk pijar dengan kuat selama 1 hingga 2 minit.
9. Tutupkan semula mangkuk pijar dan biarkan menjadi sejuk hingga ke suhu bilik.
10. Timbangkan jisim mangkuk pijar bersama-sama dengan penutup dan kandungannya sekali lagi.
11. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh.
12. Rekod jisim tetap itu dalam bentuk jadual seperti Jadual 3.4.
Keputusan:

Mentafsir data:
1. Berdasarkan keputusan anda, tentukan jisim magnesium dan oksigen yang berpadu.
2. Tentukan formula empirik bagi magnesium oksida.
Perbincangan:
1. Apakah tujuan menggosok pita magnesium dengan kertas pasir sebelum digunakan?
2. Namakan wasap putih yang dihasilkan.
3. Mengapakah langkah 6, 7 dan 11 dilaksanakan?
4. Apakah yang akan berlaku jika wasap putih terbebas ke persekitaran?
Jawapan:
Perbincangan:
1. Menyingkirkan lapisan oksida pada permukaan pita magnesium.
2. Magnesium oksida
3. – Langkah 6 bertujuan mengelakkan wasap putih terbebas/hilang ke udara.
– Langkah 7 bertujuan membenarkan udara masuk ke dalam mangkuk pijar agar oksigen dalam udara dapat bertindak balas dengan pita magnesium.
– Langkah 11 bertujuan memastikan tindak balas pembakaran magnesium berlaku dengan lengkap.
4. Keputusan yang diperoleh tidak tepat dan mungkin akan mempengaruhi formula empirik yang ditentukan.