Aktiviti 3.13:
Tujuan: Menentukan formula empirik kuprum(II) oksida.
Bahan: Air, serbuk kuprum(II) oksida, ketulan zink, asid hidroklorik 1.0 mol dm-3, kayu uji dan batang putik kapas
Radas: Tabung didih, penyumbat getah, salur getah, salur kaca 12 cm panjang, salur kaca 10 cm panjang, lampu spirit, kaki retort dan pengapit, bongkah kayu, penimbang elektronik dan spatula
Prosedur:
1. Timbangkan jisim salur kaca yang berukuran 12 cm panjang dengan penimbang elektronik dan rekod jisim.
2. Isikan sedikit serbuk kuprum(II) oksida ke dalam salur kaca. Gunakan kayu uji untuk mengalihkan serbuk kuprum(II) oksida ke bahagian tengah salur kaca. Timbangkan jisim salur kaca berserta dengan kandungannya dan rekod jisim.
3. Isikan satu tabung didih dengan air sehingga 2/3 penuh.
4. Tutupkan tabung didih itu dengan penyumbat getah yang mempunyai salur kaca 12 cm panjang. Apitkan tabung didih itu pada kaki retort.
5. Masukkan beberapa ketulan zink ke dalam satu tabung didih yang lain. Tambahkan asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 ke dalam tabung didih sehingga 1/3 penuh.
6. Tutupkan tabung didih dengan penyumbat getah yang mempunyai salur kaca 10 cm panjang. Apitkan tabung didih itu pada kaki retort yang satu lagi.
7. Pasangkan salur kaca yang berisi serbuk kuprum(II) oksida seperti dalam Rajah 3.13.

8. Biarkan gas hidrogen mengalir selama 10 saat dengan membenarkan gelembung gas terbebas di dalam air sebelum memulakan pemanasan.
9. Panaskan kuprum(II) oksida dengan lampu spirit dalam aliran gas hidrogen yang berterusan.
10. Hentikan pemanasan apabila warna hitam serbuk kuprum(II) oksida berubah sepenuhnya kepada perang.
11. Teruskan aliran gas hidrogen sehingga salur kaca berada pada suhu bilik.
12. Tanggalkan salur kaca yang berisi serbuk perang. Singkirkan titisan air di hujung salur kaca dengan batang putik kapas.
13. Timbangkan jisim salur kaca berserta dengan kandungannya dan rekod jisim.
14. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan dalam langkah 9 hingga 13 sehingga mendapat bacaan jisim yang tetap.
15. Rekod jisim tetap itu dalam bentuk jadual seperti Jadual 3.5.
Keputusan:

Mentafsir data:
1. Tentukan formula empirik kuprum(II) oksida dalam aktiviti ini.
Perbincangan:
1. Apakah peranan ketulan zink dan asid hidroklorik dalam aktiviti ini?
2. Mengapakah gas hidrogen perlu dibiarkan mengalir seketika sebelum memulakan pemanasan?
3. Gas hidrogen dibiarkan mengalir sehingga hasil pemanasan berada pada suhu bilik dalam langkah 11. Mengapa?
4. Mengapakah proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan perlu diulang sehingga jisim tetap diperoleh?
Jawapan:
Perbincangan:
1. Menghasilkan gas hidrogen.
2. Untuk menyingkirkan udara yang terdapat di dalam salur kaca.
3. Mengelakkan udara memasuki susunan radas kerana kehadiran oksigen di udara akan mengoksidakan kuprum yang masih panas kembali ke kuprum(II) oksida.
4. Untuk memastikan semua kuprum(II) oksida telah berubah sepenuhnya kepada kuprum.