Aktiviti 3.14:
Menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan formula empirik dan formula molekul
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16, Ca = 40, Zn = 65]
1. Asid etanoik mempunyai jisim molar 60 g mol–1. Jika formula empiriknya ialah CH2O, tentukan formula molekul asid etanoik.
2. Hidrokarbon terdiri daripada karbon dan hidrogen. 5.7 g satu hidrokarbon mengandungi 4.8 g karbon. Jika jisim molekul relatif hidrokarbon itu ialah 114, tentukan formula molekulnya.
3. Berapakah jisim zink yang diperlukan untuk berpadu dengan 0.5 mol klorin bagi menghasilkan zink klorida, ZnCl2?
4. Andaikan anda ialah seorang peladang. Anda ingin memilih baja dengan kandungan nitrogen yang tinggi untuk tanaman anda. Berikut ialah tiga jenis baja yang lazim digunakan.
Baja yang manakah anda akan pilih? Berikan alasan bagi pilihan anda. Tunjukkan jalan kerja penghitungan yang dibuat.
Jawapan:
1. C2H4O2
2. C8H18
3. 16.25 g
4. Urea, kerana mengandungi peratus nitrogen menurut jisim yang tertinggi, iaitu 46.67%.
$$ \begin{aligned} \% \text { nitrogen dalam ammonium nitrat } & =\frac{2(14)}{14+4(1)+14+3(16)} \times 100 \% \\ & =35 \% \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \% \text { nitrogen dalam urea } & =\frac{2(14)}{12+16+2[14+2(1)]} \times 100 \% \\ & =46.67 \% \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \% \text { nitrogen dalam kalsium nitrat } & =\frac{2(14)}{40+2[14+3(16)]} \times 100 \% \\ & =17.07 \% \end{aligned} $$