Aktiviti 3.21:
Mereka cipta lembaran kerja komputer
Penguraian kalium klorat(V), KClO3 oleh haba selalu digunakan untuk menghasilkan gas oksigen di dalam makmal.
2KClO3(p) → 2KCl(p) + 3O2(g)
Andaikan anda ialah seorang pembantu makmal. Anda perlu menyediakan kuantiti oksigen yang berbeza dari semasa ke semasa. Penghitungan berulang yang melibatkan persamaan kimia dapat dipermudahkan dengan menggunakan lembaran kerja komputer. Gunakan Microsoft Excel atau perisian lain yang sesuai untuk menyediakan satu lembaran kerja penghitungan yang melibatkan
persamaan di atas untuk menyelesaikan masalah berikut:
[Jisim atom relatif: O = 16, Cl = 35.5, K = 39; Isi padu molar: 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]
1. Berapakah jisim kalium klorat(V), KClO3 yang diperlukan untuk menghasilkan 1 dm3, 5 dm3, 10 dm3, 20 dm3, dan 50 dm3 gas oksigen?
2. Berapakah isi padu oksigen yang terhasil jika 0.25 kg, 0.5 kg, 1 kg, 1.5 kg, dan 2 kg kalium klorat(V), KClO3 digunakan?
Jawapan:
1.

2.