Uji Kendiri 3.1 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Jirim dan Struktur Atom)


Soalan 1:
Berikan takrifan bagi jisim atom relatif berdasarkan skala karbon-12.

Jawapan:
Jisim atom relatif ialah jisim purata satu atom unsur berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.


Soalan 2:
Rujuk Jadual Data Unsur pada halaman 276 bagi mendapatkan maklumat tentang jisim atom relatif.

(a) Berapakah bilangan atom litium yang diperlukan bagi menyamai jisim bagi satu atom kripton?

(b) Berapakah bilangan atom helium yang diperlukan bagi menyamai jisim satu atom argentum?

Jawapan:
(a) 12 atom litium
(b) 27 atom helium


Soalan 3:
Hitungkan jisim molekul relatif atau jisim formula relatif bagi bahan berikut:
(a) Metana, CH4
(b) Magnesium nitrat, Mg(NO3)2
(c) Asid sulfurik, H2SO4
(d) Asid formik, HCOOH

Jawapan:
(a) 16 
(b) 148
(c) 98
(d) 46