Aktiviti 3.7 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Aktiviti 3.7:
Menghitung bilangan mol dan isi padu gas
[Isi padu molar: 22.4 dm3 mol–1 pada STP atau 24 dm3 mol–1 pada keadaan bilik]

1. Hitungkan isi padu 0.6 mol gas klorin, Cl2 pada STP dan pada keadaan bilik.

2. Hitungkan bilangan mol gas yang berikut:
(a) 48 cm3 gas argon, Ar pada keadaan bilik
(b) 39.2 dm3 gas karbon dioksida, CO2 pada STP

3. Satu sampel mengandungi 0.2 mol gas metana, CH4 dan 0.3 mol gas etana, C2H6. Berapakah isi padu sampel itu pada keadaan bilik?


Jawapan:
1. 13.44 dm3 pada STP; 14.4 dm3 pada keadaan bilik

2. (a) 0.002 mol
(b) 1.75 mol

3. 12 dm3