Aktiviti 3.9 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Aktiviti 3.9:
Menyelesaikan masalah berkaitan bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan dan isi padu gas pada STP atau keadaan bilik

1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Baca dan jawab soalan berikut:
[Jisim atom relatif: H = 1, He = 4, C = 12, N = 14, O = 16, Al = 27, S = 32; Pemalar Avogadro, NA : 6.02 × 1023 mol–1; Isi padu molar: 22.4 dm3 mol–1 pada STP atau 24 dm3 mol–1 pada keadaan bilik]
(a) Hitungkan bilangan atom yang terdapat di dalam bahan berikut:
(i) 6.75 g aluminium, Al
(ii) 5.1 g gas ammonia, NH3

(b) Hitungkan isi padu gas berikut pada STP.
(i) 5.6 g gas nitrogen, N2
(ii) 1.204 × 1022 atom helium, He

(c) Berapakah jisim gas oksigen, O2 yang mengandungi bilangan molekul yang sama dengan bilangan molekul yang terdapat di dalam 8 g gas sulfur trioksida, SO3?

(d) Satu sampel gas metana, CH4 menempati isi padu 9.84 dm3 pada keadaan bilik. Berapakah bilangan molekul yang terdapat di dalam sampel itu? Hitungkan jisim sampel itu.

(e) Satu tindak balas membebaskan 120 cm3 seminit gas karbon dioksida, CO2 pada keadaan bilik. Hitungkan jumlah jisim karbon dioksida, CO2 yang dibebaskan selepas 10 minit.

3. Tulis jalan kerja penghitungan bagi soalan (a) hingga (e) secara jelas dan sistematik pada kertas sebak.

4. Persembahkan penyelesaian kumpulan anda di hadapan kelas.


Jawapan:
2.
(a) (i) 1.505 × 1023 atom
(ii) 7.224 × 1023 atom

(b) (i) 4.48 dm3
(ii) 0.448 dm3

(c) 3.2 g

(d) 2.4682 × 1023 molekul metana; 6.56 g

(e) 2.2 g