Aktiviti Makmal 2B (Menyediakan Etanol, C2H5OH melalui Penapaian Glukosa):
Tujuan : Menyediakan etanol, C2H5OH melalui penapaian glukosa.
Bahan : Glukosa, C6H12O6, yis, air kapur, air suling dan kertas turas.
Radas : Kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang dasar bulat, penyumbat yang dipasangkan salur penghantar, tabung uji, termometer, turus penyulingan, kondenser Liebig, kaki retort, kasa dawai, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, salur getah, corong turas dan rod kaca.

Prosedur:
1. Masukkan 20 g glukosa, C6H12O6 ke dalam 200 cm3 air suling ke dalam kelalang kon.
2. Tambahkan 10 g yis ke dalam kelalang kon dan kacau campuran hingga sekata dengan rod kaca.
3. Tutup kelalang kon dengan salur kaca yang dipasangkan salur penghantar.
4. Masukkan hujung salur penghantar ke dalam tabung uji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.12. Pastikan hujung salur penghantar berada di dalam air kapur.
5. Letakkan susunan radas pada suhu bilik (30 °C) selama tiga hari.
6. Selepas tiga hari, campuran di dalam kelalang kon dituraskan.
7. Hasil turasan dimasukkan ke dalam kelalang dasar bulat. Radas untuk penyulingan berperingkat disusun seperti Rajah 2.12.
8. Panaskan hasil turasan dalam kukus air dan kumpulkan hasil penyulingan pada suhu 78 °C.
9. Rekodkan warna dan bau hasil penyulingan yang dikumpul.
Pemerhatian:
Bina jadual yang bersesuaian untuk merekodkan pemerhatian anda.
Perbincangan:
1. Apakah fungsi yis dalam penapaian glukosa, C6H12O6?
2. Mengapakah hujung salur kaca mesti berada di dalam air kapur?
3. Namakan gas yang terbebas dalam penapaian glukosa, C6H12O6.
4. Namakan hasil yang dikumpulkan dalam penyulingan berperingkat pada suhu 78 °C.
5. Terangkan sebab etanol, C2H5OH daripada hasil turasan dapat diasingkan pada suhu 78 °C.
6. Tulis persamaan kimia untuk penapaian glukosa, C6H12O6.
7. Penapaian untuk menghasikan etanol, C2H5OH juga boleh dijalankan menggunakan buah-buahan. Terangkan sebab.
Keputusan:
1. Etanol, C2H5OH dapat disediakan melalui penapaian glukosa, C6H12O6.
2. Etanol, C2H5OH ialah cecair tanpa warna pada suhu bilik dan mudah meruap.
Jawapan:
1. Yis mengandungi enzim zimase bertindak sebagai mangkin untuk memecahkan glukosa kepada etanol dan karbon dioksida.
2. Untuk memastikan gas yang terbebas semasa penapaian dialirkan melalui air kapur.
3. Gas karbon dioksida
4. Etanol
5. – Hasil turasan adalah campuran etanol dan air yang mempunyai takat didih yang berbeza. Takat didih etanol lebih rendah dari air.
– Apabila campuran dipanaskan, etanol mendidih terlebih dahulu sebelum air iaitu pada suhu 78 °C.
– Wap etanol yang terbentuk pada takat didihnya akan terkondensasi didalam kondenser Liebig dan seterusnya dikumpulkan di dalam tabung uji.
6.

7. Yis mengandungi enzim zimase dapat memecahkan molekul karbohidrat atau sukrosa dan fruktosa yang terdapat di dalam buah-buahan kepada glukosa dan seterusnya kepada etanol.