Aktiviti Makmal 2D (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2 (Sebatian Karbon)


Aktiviti Makmal 2D (Sifat Kimia Asid Etanoik, CH3COOH):
Tujuan: Mengkaji sifat kimia asid etanoik, CH3COOH.

Penyataan masalah: Adakah asid etanoik, CH3COOH dapat bertindak balas dengan logam, logam oksida dan logam karbonat?

Bahan: Asid etanoik, CH3COOH 1 mol dm−3, pita magnesium, Mg, serbuk natrium karbonat, Na2CO3 , serbuk kuprum(II) oksida, CuO dan air kapur.

Radas: Rak tabung uji, salur penghantar dengan penyumbat, penunu Bunsen, pemegang tabung uji, tabung didih, kayu uji dan rod kaca.

Prosedur: Dengan menggunakan radas dan bahan yang dibekalkan, rancangkan satu eksperimen untuk menyiasat tindak balas asid etanoik, CH3COOH dengan logam, karbonat logam dan logam oksida.

Keputusan: Rekodkan semua pemerhatian dalam satu jadual.


Perbincangan:
1. Namakan gas yang terbebas apabila asid etanoik, CH3COOH bertindak balas dengan natrium karbonat, Na2CO3 dan magnesium, Mg.

2. Namakan garam yang terhasil apabila asid etanoik, CH3COOH bertindak balas dengan:
(a) Magnesium, Mg.
(b) Natrium karbonat, Na2CO3.
(c) Kuprum(II) oksida, CuO.

3. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara asid etanoik, CH3COOH dengan:
(a) Magnesium, Mg.
(b) Natrium karbonat, Na2CO3.
(c) Kuprum(II) oksida, CuO.

Kesimpulan: Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen yang telah anda jalankan.


Jawapan:
1. Gas hidrogen

2. (a) Magnesium etanoat
(b) Natrium etanoat
(c) Kuprum(II) etanoat

3. (a) $$ 2 \mathrm{CH}_3 \mathrm{COOH}+\mathrm{Mg} \rightarrow\left(\mathrm{CH}_3 \mathrm{COO}\right)_2 \mathrm{Mg}+\mathrm{H}_2 $$
3. (b) $$ 2 \mathrm{CH}_3 \mathrm{COOH}+\mathrm{Na}_2 \mathrm{CO}_3 \rightarrow 2 \mathrm{CH}_3 \mathrm{COONa}+\mathrm{H}_2 \mathrm{O}+\mathrm{CO}_2 $$
3. (c) $$ 2 \mathrm{CH}_3 \mathrm{COOH}+\mathrm{CuO} \rightarrow\left(\mathrm{CH}_3 \mathrm{COO}\right)_2 \mathrm{Cu}+\mathrm{H}_2 \mathrm{O} $$