Aktiviti Makmal 2E (Tindak Balas Asid Etanoik dengan Etanol):
Tujuan : Mengkaji tindak balas asid etanoik, CH3COOH dengan etanol, C2H5OH
Bahan : Asid etanoik glasial, CH3COOH, etanol mutlak, C2H5OH dan asid sulfurik pekat, H2SO4.
Radas : Bikar, penunu Bunsen, pemegang tabung uji, tabung didih, penitis, rod kaca dan silinder penyukat.
Prosedur:
1. Masukkan sebanyak 2 cm3 asid etanoik glasial, CH3COOH ke dalam tabung didih.
2. Tambah 4 cm3 etanol mutlak, C2H5OH ke dalam asid etanoik glasial, CH3COOH.
3. Tambah lima titis asid sulfurik pekat, H2SO4 pada campuran dengan penitis dan goncang tabung didih seperti dalam Rajah 2.18.

4. Panaskan campuran dengan perlahan dengan nyalaan kecil sehingga mendidih selama dua hingga tiga minit.
5. Tuang kandungan tabung didih ke dalam bikar yang berisi air separuh penuh.
6. Rekodkan bau, warna dan keterlarutan hasil.
Pemerhatian:

Perbincangan:
1. Namakan tindak balas yang berlaku antara asid etanoik glasial, CH3COOH dan etanol, C2H5OH.
2. Namakan hasil tindak balas yang terbentuk.
3. Bandingkan ketumpatan hasil yang terbentuk dengan air.
4. Apakah fungsi asid sulfurik pekat, H2SO4?
5. Tulis persamaan bagi tidak balas antara asid etanoik, CH3COOH dan etanol, C2H5OH.
Kesimpulan:
Asid etanoik, CH3COOH bertindak balas dengan etanol, C2H5OH menghasilkan ester dan air.
Jawapan:
1. Pengesteran
2. Etil etanoat dan air
3. Etil etanoat kurang tumpat dari air
4. Sebagai mangkin
5. CH3COOH + C2H5OH → CH3COOC2H5 + H2O