Halogen Bertindak Dengan Air
Klorin + Air

Cl2 + 2H2O → HCl + HOCl
Pemerhatian:
- Gas kuning kehijauan terlarut dengan cepat menghasilkan larutan kuning muda.
- Larutan kuning muda itu menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan kemudian melunturkannya.
Perbincangan:
- Larutan yang terbentuk bersifat asid dan mengandungi agen peluntur.
- Asid hipoklorus(I) ialah agen peluntur yang kuat. Ia boleh melunturkan warna kertas litmus..
Bromin + Air

Br2 + 2H2O → HBr + HOBr
Pemerhatian:
- Cecair merah terlarut dengan perlahan-lahan menghasilkan larutan kuning keperangan.
- Larutan yang terhasil menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah dan kemudian melunturkannya.
Perbincangan:
Asid hipobromus(I) ialah agen peluntur yang lemah.
Iodin + Air

I2 + 2H2O → HI + HOI
Pemerhatian:
- Sangat sedikit pepejal perang kehitaman terlarut dengan perlahan-lahan menghasilkan larutan kuning muda.
- Larutan yang terhasil tindak mengubahkan warna kertas litmus biru.
Perbincangan:
Asid hipoiodus merupakan agen peluntur yang sangat lemah.
Nota:
- Klorin, bromin dan iodin terlarut di dalam air untuk membentuk larutan berasid.
- Keterlarutan halogan bertambah apabila menuruni kumpulan.
- Larutan klorin dan bromin akueus merupakan agen peluntur.
- Larutan iodin akueus ialah agen peluntur yang sangat lemah.
- Gas klorin boleh dihasilkan melalui tindak balas berikut:
2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O