Klorin + Natrium Hidroksida

Cl2 + 2NaOH → 2NaCl + 2NaOCl
Pemerhatian:
Gas kuning kehijauan terlarut dengan cepat untuk menghasilkan larutan tidak berwarna.
Perbincangan:
Gas klorin bertindak dengan natrium hidroksida membentuk garam natrium klorida, natrium klorat(I) dan air.
Bromin + Natrium Hidroksida

Br2 + 2NaOH → 2NaBr + 2NaOBr
Pemerhatian:
Cecair merah terluntur dengan sederhana cepat dan satu larutan hampir tak berwarna terhasil.
Perbincangan:
- Cecair bromin bertindak dengan natrium hidroksida membentuk garam natrium bromida, natrium bromat(I) dan air.
- Tindak balas ini kurang reaktif berbanding dengan klorin.