Ikatan Datif

  1. Ikatan datif juga dikenali sebagai ikatan koordinat.
  2. Ia adalah sejenis ikatan kovalen di mana dua atom berkongsi elektron yang berasal dari satu atom sahaja.
  3. Contoh-contoh pembentukan ikatan datif:
    Ion ammonium, \(NH _{4}{ }^{+}\)
    1. Apabila ammonia terlarut dalam air, ia mengion  menghasilkan ion ammonium, \(NH _{4}^{+}\) dan ion hidroksida, \(OH^{-}\). 
      \[NH _{3}+ H _{2} O \rightarrow NH _{4}^{+}+ OH ^{-}\]
    2. Ion ammonium, \(NH _{4}^{+}\) terbentuk apabila molekul ammonia membentuk ikatan datif dengan ion hidrogen di dalam air.
    3. Dalam molekul ammonia, atom nitrogennya  mempunyai sepasang elektron bebas (elektron yang tidak dikongsi dengan atom lain).
    4. Atom nitrogen menyumbangkan pasangan elektron bebas ini untuk berkongsi dengan ion hidrogen di dalam air dan membentuk satu ikatan kovalen.
    5. Ikatan kovalen yang tebentuk ialah ikatan datif di mana atom nitrogen dalam molekul ammonia berkongsi sepasang elektron bebas dengan nukleus hidrogen.

Ion hidroksonium, \(H _{3} O^{+}\)

  1. Gas hidrogen klorida melarut dalam air membentuk ion hidroksonium, \(H _{3} O ^{+}\) dan ion klorida, \(Cl^{-}\).
    \[HCl + H _{2} O \rightarrow H _{3} O ^{+}+ OH ^{-}\]
  2. Ion hidroksonium, \(H _{3} O ^{+}\) terbentuk apabila molekul air bergabung dengan ion hidrogen \(H^{+}\).
  3. Atom oksigen dalam molekul air mempunyai dua pasang elektron bebas.
  4. Atom oksigen ini menyumbangkan sepasang elektron bebas untuk perkongsian dengan ion hidrogen \(H^{+}\).
  5. Ikatan kovalen yang terbentuk ialah ikatan datif di mana atom oksigen dalam molekul air berkongsi sepasang elektron bebas dengan ion hidrogen \(H^{+}\).