Penilaian Prestasi 3 (Buku Teks – Soalan 1 – 5) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Soalan:
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 × 1023 mol–1; Isi padu molar: 22.4 dm3 mol–1 pada STP atau 24 dm3 mol–1 pada keadaan bilik]
Rujuk Jadual Data Unsur pada halaman 276.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan jisim molar dan isi padu molar?

2. Berikan hubung kait antara pemalar Avogadro, bilangan zarah dan bilangan mol.

3. Jisim atom relatif bagi nitrogen ialah 14
Nyatakan maksud pernyataan di atas berdasarkan skala karbon-12.


4. Vitamin C atau asid askorbik adalah pengantioksida penting yang diperlukan untuk kesihatan kita. Vitamin C mempunyai formula molekul C6H8O6.
(a) Apakah formula empirik bagi vitamin C?
(b) Berapakah jisim molekul relatif bagi vitamin C?

5. Antasid berfungsi untuk melegakan masalah gastrik. Rajah 1 menunjukkan label pada sebotol antasid.


Berikan formula kimia bagi dua bahan aktif di dalam antasid itu.


Jawapan:
1. Jisim molar ialah jisim bagi satu mol bahan dalam unit gram.
Isi padu molar ialah isi padu bagi satu mol gas.

2. Bilangan zarah dalam bahan = Pemalar Avogadro, NA × Bilangan mol bahan
$$ \text { (atau bilangan mol bahan } \left.=\frac{\text { Bilangan zarah dalam bahan }}{\text { Pemalar Avogadro, } N_{\mathrm{A}}}\right) $$

3. Jisim satu atom nitrogen adalah 14 kali lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.

4. (a) C3H4O3
(b) 176

5. Al(OH)3 dan MgCO3