Penyediaan Garam Bukan Ammonium, Nitrium dan Kalium

Penyediaan Garam Bukan ‘Potassium, Natrium dan Ammonium’

  1. Garam bukan kalium, natrium dan ammonium disediakan oleh reaksi asid dengan logam / logam oksida / logam karbon yang tidak larut:
    1. Asid + Garam Logam → Garam + Hidrogen (Tindak balas penyesaran)
    2. Asid + Garam logam oksida → Garam + Air (Tindak balas Peneutralan)
    3. Asid + Garam karbonat logam → Garam + Air + Karbon Dioksida
  2. Berikut adalah langkah-langkah penyediaan garam bukan kalium, natrium dan ammonium yang larut.

Langkah 1 – Tindak balas

Masukkan serbuk karbonat logam / logam oksida / logam sehingga berlebihan ke dalam asid dengan isi padu tertentu kemudian dipanaskan

Langkah 2 – Penurasan kali pertama untuk mengasingkan bahan tindak balas berlebihan

Campuran dituras untuk mengasingkan  oksida logam / logam karbonat/ logam yang berlebihan

Langkah 3 – Penghabluran
  1. Memanaskan (tetapi tidak mendidih) larutan supayta ia tersejat menjadi larutan tepu
  2. Celupkan batang kaca ke dalam larutan. Jika hablur terbentuk, maka larutan adalah tepu.

Langkah 4 – Penurasan kali ke-2 untuk mengumpul garam pepejal

  1. Larutan tepu disejukan pada suhu bilik supaya hablur garam terbentuk.
  2. Hasil dituras untuk mengumpul hablur garam yang terbentuk.
  3. Hablur garam dikeringkan dengan menekannya di antara kertas turas.

Leave a Comment