Sifat-sifat Sebatian Ion Kovalen

Molekul Ringkas

Sebatian kovalen boleh dibahagi kepada 2 jenis
  1. Sebatian molekul ringkas
  2. Sebatian molekul raksasa

Molekul Ringkas

  1. Kebanyakan sebatian kovalen terdiri daripada unit-unit molekul yang ringkas dan berasingan seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas.
  2. Daya-daya di antara molekul-mulekul merupakan daya Van der Waals yang lemah.

Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen Bermolekul Ringkas

  1. Terdiri daripada molekul-molekul kecil dan ringkas.
  2. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
  3. Mudah meruap.
  4. Biasanya tidak larut dalam air.
  5. Biasanya larut dalam pelarut organik.
  6. Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau lebur.

Struktur Raksasa

Sebatian Molekul Raksasa

  1. Sebatian kovalen bermolekul raksasa mempunyai ikatan-ikatan kovalen yang kuat menggabungkan semua atom bersama dalam struktur kekisi tiga dimensi.
  2. Oleh kerana atom-atom terikat antara satu sama lain oleh ikatan kovalen yang kuat, maka banyak tenaga diperlukan untuk memecahkan ikatan-ikatan itu semasa leburan/pendidihan. Jadi, sebatian kovalen bermolekul raksasa mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
  3. Berikut adalah sifat-sifat fizik molekul raksasa
    1. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
    2. Tidak meruap.
    3. Biasanya tidak larut dalam air.
    4. Biasanya tidak larut dalam pelarut organik.
    5. Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau lebur.
  4. Contoh-contoh struktur raksasa ialah berlian, silika dan grafit.

Berlian dan Silika (Pasir)

(Struktur 3 Dimensi Sebatian Raksasa – Berlian)
  1. Berlian ialah salah satu alotrop kepada karbon.
  2. Alotrop merujuk kepada sifat yang berbeza yang dimiliki oleh suatu bahan (unsur kimia) dalam keadaan yang sama. Biasanya sifat fizik alotrop adalah berlainan manakala sifat kimianya boleh sama.
  3. Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, dalam berlian, setiap atom karbon diikat oleh 4 ikatan kovalen yang kuat. Oleh itu, berlian mempunyai takat lebur dan takat didih yang sangat kuat.
  4. Sebatian kovalen bermolekul raksasa tidak mempunyai ion-ion bergerak. maka sebatian itu tidak boleh mengkonduksikan elektrik.
  5. Sebatian kovalen bermolekul raksasa juga tidak boleh larut dalam air atau pelarut organik.

Grafit

  1. Grafit juga merupakan alotrop bagi karbon.
  2. Grafit merupakan sejenis unsur berikatan kovalen yang berstruktur lapis.
  3. Dalam hablur grafit, atom-atom karbon diikat bersama oleh ikatan kovalen dalam lapisan-lapisan leper.

  4. Dalam tiap-tiap lapisan leper, setiap atom karbon diikat oleh tiga ikatan kovalen tunggal yang kuat kepada tiga atom yang lain dan disusun dalam bentuk gelang heksagon.
  5. Lapisan-lapisan leper itu ditarik antara satu sama lain oleh daya Van der Waals yang lemah dan berlanjut ke seluruh tiga dimensi kekisi hablur.
  6. Jarak antara dua lapisan berjiran adalah  lebih besar daripada jarak di antara dua atom karbon dalam lapis.
  7. Oleh kerana lapisan yang leper itu dipegang oleh daya yang lemah, maka lapisan-lapisan itu senang tergelincir atas satu sama lain. Ini menyebabkan grafit bersifat lembut dan licin.

  8. Oleh kerana jarak antara lapisan adalah besar, jadi susunan yang lebih terbuka itu menyebabkan grafit mempunyai ketumpatan yang lebih rendah.
  9. Atom karbon mempunyai kondigurasi elektron 2.4. oleh kerana hanya tiga daripada empat elektron valens dari petala terluar setiap atom karbon terlibat dalam pengikatan kovalen dalam setiap lapisan leper itu, oleh itu masih terdapat satu elektron valens dari setiap atom karbon yang tidak terlibat dalam pengikatan kovalen dan boleh bergerak bebas pada lapisan itu. Dengan demikian, grafit boleh mengkonduksikan elektrik.
  10. Rajah di bawah menunjukkan molekul raksasa karbon berstruktur lapis.
(3 dimensional layer structure: graphite)

Leave a Comment