Sudut Pengayaan 2 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2 (Sebatian Karbon)


Sudut Pengayaan 2:
Buah-buahan dan bunga mengandungi pelbagai ester dengan pelbagai rasa dan bau. Ester semula jadi sukar diekstrak daripada sumber semula jadi. Ester-ester ini dapat dihasilkan di makmal apabila alkohol bertindak balas dengan asid karboksilik.

Jadual 1 menunjukkan ester-ester dan baunya.


Merujuk maklumat di dalam Jadual 1, rancangkan satu eksperimen makmal untuk menyediakan dua ester berbeza dengan menggunakan alkohol yang sama dan asid karboksilik yang berbeza serta mengenal pasti baunya. Dalam jawapan anda, sertakan maklumat yang berikut:

(a) Hipotesis untuk eksperimen ini.
(b) Semua pemboleh ubah yang terlibat.
(c) Bahan dan radas yang digunakan.
(d) Prosedur menjalankan eksperimen.
(e) Pemerhatian.
(f) Persamaan tindak balas.


Jawapan:
Tujuan: Untuk menyedia dua ester berbeza menggunakan alkohol yang sama dan asid karboksilik yang berbeza dan mengenal pasti baunya.

(a) Hipotesis: Alkohol yang sama bertindak balas dengan asid karboksilik yang berlainan akan menghasilkan bau ester yang berlainan

(b) Pemboleh ubah dimanipulasi: Asid etanoik dan asid butanoik (jenis asid karboksilik)
Pemboleh ubah bergerak balas: Bau ester
Pemboleh ubah dimalarkan: Pentanol (jenis alkohol)

(c) Bahan dan radas:
Bahan: Pentanol, asid etanoik glasial, asid butanoik, asid sulfurik pekat dan air.
Radas : Tabung didih, silinder penyukat, pemegang tabung uji, penitis, bikar dan penunu Bunsen.


(d) Prosedur:
1. Masukkan 2 cm3 asid etanoik glasial ke dalam tabung didih.

2. Tambahkan 2 cm3 pentanol ke dalam tabung didih yang mengandungi asid etanoik glasial.

3. Titiskan 5 titis asid sulfurik pekat dengan menggunakan penitis kepada campuran dan goncang tabung didih.

4. Panaskan campuran dengan perlahan dengan nyalaan kecil hingga mendidih selama dua minit.

5. Tuang kandungan tabung didih ke dalam bikar yang berisi air separuh penuh.

6. Hidu bau kandungan di dalam bikar dan rekodkan.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan asid etanoik glasial dengan asid butanoik.


(e) Pemerhatian:



(f) Persamaan kimia:
– Tindak balas antara asid etanoik dengan pentanol
$$ \underset{\text { Asid etanoik }}{\mathrm{CH}_3 \mathrm{COOH}}+\underset{\text { Pentanol }}{\mathrm{C}_5 \mathrm{H}_{11} \mathrm{OH}} \rightarrow \underset{\text { Pentil etanoat }}{\mathrm{CH}_3 \mathrm{COO} \mathrm{C}_5 \mathrm{H}_{11}}+\underset{\text { Air }}{\mathrm{H}_2 \mathrm{O}} $$

Tindak balas antara asid butanoik dengan pentanol
$$ \underset{\text { Asid butanoik }}{\mathrm{C}_3 \mathrm{H}_7 \mathrm{COOH}}+\underset{\text { Pentanol }}{\mathrm{C}_5 \mathrm{H}_{11} \mathrm{OH}} \rightarrow \underset{\text { Pentil butanoat }}{\mathrm{C}_3 \mathrm{H}_7 \mathrm{COOC}_5 \mathrm{H}_{11}}+\underset{\text { Air }}{\mathrm{H}_2 \mathrm{O}} $$