Uji Kendiri 2.4 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2 (Jirim dan Struktur Atom)


Soalan 1:
Nyatakan definisi isotop.

Jawapan:
Isotop ialah atom-atom daripada unsur yang sama yang mempunyai nombor proton / bilangan proton yang sama tetapi nombor nukleon / bilangan neutron yang berbeza.


Soalan 2:
Berdasarkan Jadual 2.6, atom yang manakah merupakan isotop? Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
Atom W dan X.
Hal ini demikian kerana atom W dan X mempunyai nombor proton/ bilangan proton yang sama tetapi nombor nukleon / bilangan neutron yang berbeza


Soalan 3:
Atom oksigen-16, oksigen-17 dan oksigen-18 ialah isotop. Banding dan bezakan tiga isotop ini.

Jawapan:
Persamaan:
– Atom ini adalah daripada unsur yang sama, iaitu oksigen.

– Bilangan proton dalam nukleus atom ini adalah sama.

– Sifat kimia atom ini adalah sama.

Perbezaan:
– Nombor nukleon ketiga-tiga atom ini berbeza. Nombor nukleon bagi oksigen-16 ialah 16, nombor nukleon oksigen-17 ialah 17 dan nombor nukleon oksigen-18 ialah 18.

– Bilangan neutron dalam nukleus ketiga-tiga atom ini adalah berbeza. Oksigen-16 mempunyai 8 neutron, oksigen-17 mempunyai 9 neutron dan oksigen-18 mempunyai 10 neutron.

– Sifat fizik tiga atom ini adalah berbeza.


Soalan 4:
Magnesium secara semula jadi wujud dalam tiga isotop, iaitu 79.0% 24Mg, 10.0% 25Mg dan 11.0% 26Mg.
Hitungkan jisim atom relatif magnesium.

Jawapan:
$$ \text { Jisim atom relatif magnesium } $$
$$ \begin{aligned} & =\frac{(79.0 \times 24)+(10.0 \times 25)+(11.0 \times 26)}{100} \\ & =24.32 \end{aligned} $$


Soalan 5:
Puan Maimunah didapati menghidapi penyakit kanser tulang.
(a) Apakah isotop yang mungkin digunakan untuk merawat Puan Maimunah.
(b) Huraikan kesan positif dan negatif penggunaan isotop di (a).

Jawapan:
(a) Kobalt-60

(b)
Kesan positif:
– Sel kanser dapat dibunuh.

Kesan negatif:
– Sistem keimunan menjadi lemah
– Keguguran rambut