Uji Kendiri 3.2 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Uji Kendiri 3.2:
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16, Na = 23, Cl = 35.5, K = 39, Fe = 56, Pb = 207; Pemalar Avogadro, NA: 6.02 × 1023 mol–1; Isi padu molar: 22.4 dm3 mol–1 pada STP atau 24 dm3 mol–1 pada keadaan bilik]

1. Hitungkan jisim molar bagi setiap bahan berikut:
(a) Logam plumbum, Pb
(b) Kloroform, CHCl3
(c) Natrium nitrat, NaNO3
(d) Ferum(III) oksida, Fe2O3

2. Hitungkan bilangan molekul yang terdapat dalam 8 mol air.

3. Berapakah jisim bagi 0.5 mol ammonia, NH3?

4. Berapakah bilangan mol unit K2O yang terdapat di dalam 14.1 g kalium oksida, K2O?

5. Hitungkan isi padu 16 g gas oksigen, O2 pada STP.

6. Jisim bagi 4 dm3 suatu gas ialah 12 g pada keadaan bilik. Hitungkan jisim molar gas itu.

7. 4 g gas hidrogen, H2 mempunyai bilangan molekul yang lebih banyak daripada 14 g gas nitrogen, N2.

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda.


Jawapan:
1. (a) 207 g mol-1
(b) 119.5 g mol-1
(c) 85 g mol-1
(d) 160 g mol-1

2. 4.816 × 1024 molekul

3. 8.5 g

4. 0.15 mol

5. 11.2 dm3

6. 72 g mol-1

7. Ya. 4 g gas hidrogen mengandungi 2 mol gas hidrogen, iaitu terdiri daripada 1.204 × 1024 molekul H2. 14 g nitrogen pula hanya mengandungi 0.5 mol gas nitrogen, iaitu terdiri daripada 3.01 × 1023 molekul N2.