Uji Kendiri 3.3 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Uji Kendiri 3.3:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik dan formula molekul?

2. Kafeina, C8H10N4O2 ialah perangsang semula jadi yang terdapat di dalam kopi, teh, dan biji koko. Apakah formula empirik bagi kafeina?

3. Kalsium karbonat dan natrium fluorida ialah dua sebatian yang terdapat di dalam ubat gigi.
Tulis formula kimia bagi dua sebatian tersebut.

4. Satu sampel 5.04 g oksida bagi fosforus mengandungi 2.48 g fosforus.
[Jisim atom relatif: O = 16, P = 31]
(a) Jika jisim molekul relatif oksida itu ialah 126, tentukan formula empirik dan formula molekulnya.
(b) Namakan oksida bagi fosforus itu.


Jawapan:
1. Formula empirik ialah formula yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu bahan.
Formula molekul ialah formula yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul sesuatu bahan.

2. C4H5N2O

3. CaCO3; NaF

4. (a) Formula molekul P2O4; Formula empirik PO2
(b) Difosforus tetroksida