Jisim molekul relatif suatu bahan ialah bilangan kali jisim satu molekul bahan itu lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom karbon-12 di mana jisim relatif bagi satu atom karbon ialah 12.
Jisim molekul relatif satu molekul adalah sama dengan jumlah jisim relatif bagi semua atom di dalam molekul itu.
Contoh 1
Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ]
Jawapan:
Formula of karbon dioksida = CO2
Jisim Molekul Relatif CO2 = 1 x 12 + 2 x 16 = 44
Contoh 2
Berapakah jisim formula relatif bagi aluminium sulfat [ Al2(SO4)3]?
( Ar: O = 16, S = 32; Al = 27 )
Jawapan:
Jisim Molekul Relatif Al2(SO4)3 = 2 x 27 + 3( 32 + 4 x 16) = 342
Contoh 3:
Diberi bahawa formula bagi satu sebatian ialah KXO3 dan jisim molekul relatifnya ialah 167. Cari jisim atom relatif bagi unsur X? (Jisim atom relatif: O = 16; K = 39 )
Jawapan
Katakan jisim atom relatif unsur X = m
Jisim molekul relatif KXO3
= 39 + m + 3(16) = 167
m = 167 – 39 – 3(16) = 80
Jisim atom relatif unsur X = 80
Contoh 4:
Diberi bahawa formula am bagi satu hidrokarbon ialah CnH2n dan jisim molekul relatifnya ialah 84. Cari nilai n.
Jawapan:
Jisim molekul relatif CnH2n
= n(12) + 2n(1) = 84
14n = 84
n = 84/14 = 6