Unsur-unsur Kumpulan 1 July 4, 2021March 6, 2015 by Whatsapp Cikgu Kwee sekarang! Unsur Kumpulan 1 – Logam Alkali Unsur-unsur dalam kumpulan satu dikenali sebagai logam alkali. Ini adalah kerana logam dalam kumpulan ini membentuk oksida dan hydroksida yang akan membentuk alkali apabila larut di dalam air. Seperti yang ditunjukkan di rajah sebelah kanan, unsur-unsur kumpulan logam alkali termasuk litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai 1 elektron valens. Kesamaan ini menyebabkan mereka menunjukkan sifat kimia yang sama. Semua logam alkali adalah sangat reaktif. Mereka mesti disimpan di dalam minyak supaya tidak bertindak dengan oksigen atau wap air di udara. Whatsapp Cikgu Kwee sekarang!