- Atom-atom logam tersusun rapat dan teratur dalam lapisan.
- Atom-atom unsur logam adalah elektropositif dan cenderung mendermakan elektron valensnya dengan mudah.
- Elektron valens atom-atom logam yang dinyahsetempat kemudian membentuk awan elektron dan kation logam.
- Seperti dalam rajah di bawah, atom-atom logam tersusun dengan teratur dan hanya bergetar pada kedudukan yang tetap.
- Elektron dalam awan elektron bebas bergerak dalam pepejal logam.
- Ikatan logam adalah daya tarikan antara ion positif logam (kation) dengan elektron dalam lautan elektron yang dinyahsetempatkan.
Kekonduksian Elektrik Logam
- Logam merupakan konduktor elektrik yang baik.
- Elekton-elektron yang dinyahsetempatkan berada dalam lautan elektron yang bebas bergerak ke seluruh logam.
- Elektron-elektron dalam lautan elektron boleh membawa cas elektrik apabila beza keupayaan dikenakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.