Aktiviti Makmal 4A – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Aktiviti Makmal 4A (Penghasilan Nilon):
Tujuan : Menghasilkan nilon dan mengkaji sifat nilon yang dihasilkan.

Bahan : 1,6-diaminoheksana, C6H16N2, dekanadioil diklorida, C10H16Cl2O2, heksana, C6H14, serbuk natrium hidroksida, NaOH dan air suling.

Radas : Rod kaca, bikar, penyepit dan silinder penyukat.

Prosedur:
1. Larutkan 2 cm3 dekanadioil diklorida, C10H16Cl2O2 ke dalam 50 cm3 heksana, C6H14 dan labelkan sebagai Larutan A.

2. Larutkan 3 cm3 1,6-diaminoheksana, C6H16N2 dan 1 g serbuk natrium hidroksida, NaOH ke dalam 50 cm3 air suling serta labelkan sebagai Larutan B.

3. Dengan menggunakan rod kaca, Larutan B dituangkan dengan perlahan-lahan ke dalam Larutan A bagi mengelakkan percampuran.

4. Sepitkan lapisan yang terbentuk antara dua lapisan cecair dengan menggunakan penyepit dan lilitkan pada rod kaca seperti ditunjukkan pada Rajah 4.5.



5. Pusingkan rod kaca secara perlahan-lahan untuk menarik keluar nilon yang terhasil sehingga tiada lagi nilon dihasilkan.

6. Nilon yang terhasil pada rod kaca dicuci dengan air suling sebelum dikeringkan.

Perbincangan:
1. Dengan menggunakan lembar nilon yang anda hasilkan, bincangkan:
(a) Kekuatan nilon
(b) Kekenyalan nilon
(c) Ketahanan terhadap haba

2. Nyatakan kegunaan nilon.


Jawapan:
1. (a)
Nilon sangat kuat.
Gentiannya mempunyai ketahanan yang sangat baik. Tahan terhadap lelasan.

(b) Sangat kenyal.

(c) Tahan terhadap haba.

2.
Kegunaan nilon seperti:
– membuat pakaian,
– tetulang dalam bahan getah seperti tayar kereta,
– sebagai tali atau benang,
– sebagai pengganti logam berkekuatan rendah,
– plastik pilihan untuk komponen di ruang enjin kenderaan.