Penilaian Prestasi 2 (Soalan 1 – 3) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2 (Jirim dan Struktur Atom)


Soalan 1:
Jadual 1 menunjukkan takat lebur dan takat didih bahan A, B, C, D dan E.


(a) Kelaskan bahan A, B, C, D dan E mengikut keadaan jirim pada suhu bilik.

(b) Nyatakan bahan yang akan berubah daripada cecair kepada pepejal apabila diletakkan di dalam peti ais yang bersuhu 2.0 °C.

(c) Huraikan perubahan yang berlaku terhadap zarah bahan B dari segi tenaga dan daya tarikan antara zarah apabila disejukkan daripada 80.0 °C kepada –2.0 °C.


Jawapan:
(a)


(b) Bahan C

(c) Bahan B berubah daripada gas kepada cecair. Tenaga kinetik zarah bahan B berkurang. Daya tarikan antara zarah menjadi semakin kuat.


Soalan 2:
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk menentukan takat lebur asid laurik, C12H24O2. Rajah 1 menunjukkan lengkung pemanasan yang diperoleh.



(a) Lukiskan semula Rajah 1 dan labelkan takat lebur asid laurik, C12H24O2 pada rajah itu.

(b) Lukiskan susunan zarah asid laurik, C12H24O2 di antara R ke S.

(c) Takat lebur asid laurik, C12H24O2 ialah 43.0 °C.
Cadangkan satu kaedah yang sesuai digunakan untuk proses pemanasan asid laurik, C12H24O2.

(d) Lukiskan satu rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas bagi kaedah yang dicadangkan di (c).


Jawapan:
(a)


(b)


(c) Kukus air

(d)



Soalan 3:
Chen Ling membersihkan luka dengan menggunakan alkohol seperti dalam Gambar foto 1. Kulit Chen Ling terasa sejuk apabila disapu dengan alkohol. Jelaskan keadaan ini.


Jawapan:
Apabila alkohol disapu pada kulit, alkohol mengalami proses penyejatan. Haba diserap oleh zarah alkohol daripada kulit menyebabkan kulit Chen Ling terasa sejuk.