Aktiviti Makmal 2A (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2 (Sebatian Karbon)


Aktiviti Makmal 2A (Penyulingan Berperingkat Petroleum) :

Tujuan : Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum.

Bahan : Petroleum dan kapas.

Radas : Kertas turas, silinder penyukat, kaki retort, termometer (0 °C − 360 °C), kelalang dasar bulat, kelalang kon, tabung uji, kondenser Liebig, kasa dawai, tungku kaki tiga, mangkuk penyejat, serpihan porselin, bongkah kayu dan penunu Bunsen.

Prosedur:
1. Sukat 50 cm3 petroleum dan masukkan ke dalam kelalang dasar bulat.

2. Tambahkan satu spatula serpihan porselin ke dalam kelalang dasar bulat itu.

3. Susunkan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.



4. Panaskan petroleum secara perlahan-lahan dan kumpulkan empat pecahan petroleum di dalam empat tabung uji berasingan pada julat suhu 30 °C − 80 °C, 80 °C − 120 °C, 120 °C − 160 °C dan 160 °C − 200 °C.

5. Perhatikan setiap pecahan petroleum yang dikumpulkan pada suhu yang berlainan dan rekodkan warna serta kelikatannya.

6. Letakkan sedikit kapas ke dalam mangkuk penyejat.

7. Titiskan beberapa titik pecahan petroleum yang dikumpul di dalam tabung uji pada kapas di dalam mangkuk penyejat.

8. Bakar kapas itu dan perhatikan warna nyalaan serta kuantiti jelaga dengan meletakkan kertas turas di atas nyalaan.

9. Ulangi langkah 6 hingga 8 untuk pecahan petroleum yang dikumpul di dalam tabung uji 2, 3 dan 4.

10. Rekodkan pemerhatian anda dalam suatu jadual dibawah.


Keputusan:


Perbincangan:
1. Mengapakah serpihan porselin dimasukkan ke dalam kelalang dasar bulat?

2. Mengapakah termometer biasa tidak digunakan dalam aktiviti ini?

3. Apakah hubungan antara takat didih pecahan petroleum dengan:
(a) Warna pecahan.
(b) Kelikatan pecahan.
(c) Kuantiti jelaga yang terbentuk selepas dibakar.

4. Pecahan petroleum yang manakah yang paling mudah terbakar?


Jawapan:
 1. Serpihan porselin digunakan untuk memastikan pemanasan petroleum yang sekata dan mengelakan percikan cecair tersebut disebabkan oleh pemanasan yang tidak sekata.

2. Takat didih pecahan petroleum adalah dalam julat 30 °C – 200 °C. Suhu maksima yang dapat direkodkan termometer biasa adalah 110 °C. Oleh itu pecahan petroleum yang mempunyai takat didih yang melebihi 110 °C tidak dapat diasingkan.

3.
(a) Semakin tinggi takat didih, warna pecahan semakin gelap
(b) Semakin tinggi takat didih, kelikatan pecahan bertambah
(c) Semakin tinggi takat didih, kuantiti jelaga terbentuk selepas dibakar bertambah

4. Pecahan 1