Rajah yang berikut menunjukkan pengelasan sebatian karbon.

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan maksud:
(a) Sebatian organik.
(b) Hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.
(c) Hidrokarbon tepu dan tak tepu.
Jawapan:
(a) Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi unsur karbon yang terikat secara kovalen dengan unsur-unsur seperti hidrogen, nitrogen, sulfur dan fosforus.
(b)
– Hidrokarbon adalah sebatian organik yang mengandungi hidrogen dan karbon sahaja.
– Bukan hidrokarbon adalah sebatian organik yang mengandungi karbon dan hidrogen serta unsur lain seperti oksigen, nitrogen, fosforus atau halogen.
(c)
– Hidrokarbon tepu adalah hidrokarbon yang mempunyai hanya ikatan tunggal antara atom karbon.
– Hidrokarbon tak tepu adalah hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga antara atom karbon.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan peretakan?
(b) Salin dan lengkapkan tindak balas yang berikut:
(i) C10H22 → C6H14 + …………..
(ii) ………….. → C4H8 + C3H6 + C4H12
(c) Bincangkan kepentingan proses peretakan.
Jawapan:
(a) Peretakan adalah proses dimana hidrokarbon rantai panjang dipecahkan kepada hidrokarbon yang lebih kecil pada suhu tinggi dengan kehadiran mangkin.
(b)(i) C10H22 → C6H14 + C4H8
(b)(ii) C11H26 → C4H8 + C3H6 + C4H12
(c)
– Permintaan terhadap hidrokarbon bersaiz kecil adalah lebih tinggi.
– Pengasingan pecahan petroleum secara penyulingan berperingkat tidak dapat memenuhi permintaan hidrokarbon bersaiz kecil.
– Proses peretakan menghasilkan hidrokarbon bersaiz lebih kecil yang dapat digunakan sebagai bahan api serta bahan mentah dalam industri petrokimia.
