Aktiviti Makmal 2C (Sifat Kimia Etanol):
Tujuan : Mengkaji sifat kimia etanol, C2H5OH.
Bahan : Etanol, C2H5OH, serpihan porselin,wul kaca, larutan kalium dikromat(VI), K2Cr2O7, larutan kalium manganat(VII), KMnO4, asid sulfurik pekat, H2SO4, kertas litmus biru dan air bromin, Br2.
Radas : Tabung uji, tabung didih, penyumbat dengan salur penghantar, kaki retort, pemegang tabung uji, penunu Bunsen, silinder penyukat, penitis dan bikar.
A. Pengoksidaan etanol, C2H5OH

Prosedur:
1. Masukkan 5 cm3 larutan kalium dikromat(VI), K2Cr2O7 ke dalam tabung didih.
2. Tambahkan 10 titis asid sulfurik pekat, H2SO4.
3. Panaskan larutan dengan perlahan.
4. Tambahkan 3 cm3 etanol, C2H5OH titis demi titis ke dalam tabung didih.
5. Tutup tabung didih dengan salur penghantar seperti Rajah 2.13. Panaskan campuran dengan perlahan sehingga mendidih.
6. Kumpulkan hasil penyulingan di dalam tabung uji dan uji dengan kertas litmus biru.
7. Ulangi langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan larutan kalium dikromat(VI), K2Cr2O7 dengan larutan kalium manganat(VII), KMnO4.
Pemerhatian:

Perbincangan:
1. Apakah hasil yang terbentuk dalam tindak balas pengoksidaan etanol, C2H5OH?
2. Namakan agen pengoksidaan yang digunakan dalam eksperimen ini.
3. Tulis persamaan kimia tindak balas yang berlaku.
4. Apakah sifat bagi hasil pengoksidaan alkohol?
Kesimpulan:
Pengoksidaan etanol, C2H5OH menghasilkan asid etanoik, CH3COOH.
B. Pendehidratan Etanol, C2H5OH
Prosedur:
1. Masukkan wul kaca di dalam tabung didih.
2. Tuangkan 2 cm3 etanol, C2H5OH ke dalam tabung didih untuk membasahkan wul kaca.
3. Letakkan serpihan porselin di bahagian tengah tabung didih seperti dalam Rajah 2.14.

4. Panaskan serpihan porselin dengan kuat. Panaskan wul kaca dengan perlahan sehingga etanol, C2H5OH meruap dan wapnya dilalukan melalui serpihan porselin yang dipanaskan.
5. Kumpulkan gas yang dibebaskan di dalam dua tabung uji seperti Rajah 2.14.
6. (i) Beberapa titis air bromin, Br2 ditambah ke dalam tabung uji pertama dan digoncang.
(ii) Beberapa titis larutan kalium manganat(VII) berasid, KMnO4 ditambah ke dalam tabung uji kedua dan digoncang.
Pemerhatian:

Perbincangan:
1. Namakan gas yang terbebas apabila etanol, C2H5OH mengalami pendehidratan.
2. Nyatakan fungsi serpihan porselin.
3. Tulis persamaan kimia bagi pendehidratan etanol, C2H5OH.
Kesimpulan:
Etanol, C2H5OH mengalami pendehidratan menghasilkan etena, C2H4.
Jawapan:
A : Pengoksidaan etanol
1. Asid etanoik
2. (1) Larutan kalium dikromat(VI)
(2) Larutan kalium manganat(VII)
3.

4. Berasid
B : Pendehidratan etanol
1. Etena
2. Sebagai mangkin