Aktiviti 3.20:
Menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16, Cl = 35.5, Ca = 40, Fe = 56, Zn = 65; Pemalar Avogadro, NA: 6.02 × 1023 mol–1; Isi padu molar: 22.4 dm3 mol–1 pada STP atau 24 dm3 mol–1 pada keadaan bilik]
1. Penguraian kalsium karbonat oleh haba adalah seperti berikut:
$$ \mathrm{CaCO}_3(\mathrm{p}) \underset{\Delta}{\rightarrow} \mathrm{CaO}(\mathrm{p})+\mathrm{CO}_2(\mathrm{~g}) $$
Berapakah jisim kalsium karbonat yang diperlukan untuk menghasilkan 1.2 dm3 gas karbon dioksida, CO2 pada keadaan bilik?
2. Zink bertindak balas dengan asid hidroklorik seperti berikut:
Zn(p) + 2HCl(ak) → ZnCl2(ak) + H2(g)
Berapakah jisim zink yang harus digunakan untuk menghasilkan 0.5 mol gas hidrogen, H2?
3. Satu sampel ferum(III) oksida, Fe2O3 dipanaskan dalam aliran gas hidrogen, H2 berlebihan untuk menghasilkan 5.6 g logam besi mengikut persamaan berikut:
Fe2O3(g) + 3H2(g) → 2Fe(p) + 3H2O(ce)
Hitungkan jisim sampel ferum(III) oksida itu.
4. Gas nitrogen dan hidrogen bertindak balas mengikut persamaan berikut:
N2(g) + 3H2(g) → 2NH3(g)
Berapakah bilangan molekul ammonia, NH3 yang dihasilkan jika 6.72 dm3 gas nitrogen pada STP ditindakbalaskan secara lengkap dengan gas hidrogen?
Jawapan:
1. 5 g
2. 32.5 g
3. 8 g
4. 3.612 × 1023 molekul ammonia