Uji Kendiri 3.4 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3 (Konsep Mol)


Uji Kendiri 3.4:
1. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas berikut:
(a) Kuprum + larutan argentum nitrat → larutan kuprum(II) nitrat + argentum
(b) Logam zink yang panas akan bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan pepejal zink klorida.

2. Penguraian hidrogen peroksida, H2O2 berlaku mengikut persamaan berikut:
2H2O2(ce) → 2H2O(ce) + O2(g)
(a) Apakah hasil-hasil tindak balas penguraian hidrogen peroksida, H2O2?
(b) Hitungkan isi padu oksigen yang dihasilkan pada STP daripada penguraian 30.6 g hidrogen peroksida, H2O2.


Jawapan:
1. (a) Cu(p) + 2AgNO3(ak) → Cu(NO3)2(ak) + 2Ag(p)
(b) Zn(p) + Cl2(g) → ZnCl2(p)

2. (a) Air dan gas oksigen
(b) 10.08 dm3