Soalan:
1. Apabila stim dilalukan ke atas logam ferum yang panas, gas hidrogen dan ferum(III) oksida terbentuk. Apakah jisim stim yang diperlukan untuk bertindak balas dengan 100 g ferum dengan lengkap? [Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, Fe = 56]
2. Litium hidroksida, LiOH digunakan untuk menyingkirkan karbon dioksida daripada udara hembusan di dalam kabin kapal angkasa lepas.
[Jisim atom relatif: H = 1, Li =7, C = 12, O = 16]
2LiOH + CO2 ➝ Li2CO3 + H2O
Satu misi angkasa lepas dijalankan selama 18 hari dan melibatkan lima orang petugas. Jika setiap petugas dianggarkan menghembus 42 g karbon dioksida sejam secara purata dan setiap tabung penyerap mengandungi 750 g LiOH, hitungkan bilangan tabung penyerap yang mesti dibawa di dalam kapal angkasa.
Jawapan:
1. $$ 3 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{~g})+2 \mathrm{Fe}(\mathrm{p}) \rightarrow \mathrm{Fe}_2 \mathrm{O}_3(\mathrm{p})+3 \mathrm{H}_2(\mathrm{~g}) $$
$$ \begin{aligned} \text { Jisim stim } & =\frac{100}{56} \times \frac{3}{2} \times 18 \\ & =48.2 \mathrm{~g} \end{aligned} $$
2. $$ \text { Jumlah } \mathrm{CO}_2=42 \times 24 \mathrm{jam} \times 18 \text { hari } \times 5 \text { orang }=90720 \mathrm{~g} $$
$$ \begin{aligned} \text { Jisim LiOH yang diperlukan } & =\frac{90720}{44} \times 2 \times 24 \\ & =98967.27 \mathrm{~g} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Bilangan tabung penyerap } & =\frac{98967.27}{750} \\ & =131.96 \\ & \approx 132 \text { buah tabung. } \end{aligned} $$