Soalan 1:
Nyatakan nama ahli sains yang telah membuat penemuan berikut:
(a) Mengelaskan unsur kepada empat kumpulan mengikut sifat kimia, iaitu kumpulan gas, bukan logam, logam, dan oksida logam.
(b) Mencadangkan Hukum Oktaf.
(c) Membina triad kumpulan yang terdiri daripada tiga unsur dengan sifat kimia yang serupa.
Jawapan:
(a) Antoine Lavoisier
(b) John Newlands
(c) Johann W. Dobereiner

Soalan 2:
Dalam sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur, Moseley menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor proton yang menaik. Walau bagaimanapun, sebelum Jadual Berkala Unsur moden digunakan, ahli-ahli sains sebelum ini telah membuat penemuan mereka sendiri. Bandingkan bagaimana Dobereiner dan Newlands menyusun unsur dalam Jadual Berkala Unsur sebelum Moseley.
Jawapan:
Perbezaan:
Dobereiner menyusun tiga unsur yang mempunyai purata jisim yang sama dan beliau menamakan unsur unsur ini sebagai triad. Ketiga-tiga unsur dalam triad didapati mempunyai sifat kimia yang sama.
Klasifikasi beliau telah menunjukkan perhubungan antara sifat kimia unsur dengan jisim atom.
Newlands menyusun unsur mengikut pertambahan jisim atom. Beliau menyusun tujuh unsur dalam satu baris kerana beliau mendapati sifat kimia dan sifat fizik unsur yang pertama berulang pada setiap unsur kelapan. Beliau menamakan susunan ini sebagai Hukum Oktaf.
Persamaan:
Kedua-duanya menghubungkan jisim atom dengan sifat kimia.