Uji Kendiri 5.1 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5 (Ikatan Kimia)


Soalan 1:
Apakah maksud ikatan kimia?

Jawapan:
Ikatan kimia bermaksud ikatan yang terbentuk antara atom yang memindah atau berkongsi elektron untuk membentuk suatu sebatian.


Soalan 2:
Nyatakan dua jenis ikatan kimia.

Jawapan:
Ikatan ion dan ikatan kovalen.


Soalan 3:
Mengapakah gas adi tidak membentuk sebatian?

Jawapan:
Atom gas adi mempunyai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil. Atom gas adi tidak perlu untuk memindahkan atau berkongsi elektron dengan atom lain.


Soalan 4:
Adakah susunan elektron atom natrium, Na stabil? Jika tidak, terangkan bagaimana susunan elektronnya dapat menjadi stabil.

Jawapan:
Tidak. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, natrium, Na perlu menderma satu elektron valens.