Soalan 1:
Atom aluminium, Al mempunyai 13 proton dan atom fluorin, F mempunyai 9 proton.
(a) Tulis formula ion yang terbentuk daripada dua atom tersebut.
(b) Tulis persamaan setengah bagi pembentukan ion pada 1(a).
(c) Lukiskan susunan elektron untuk menunjukkan pemindahan elektron dalam pembentukan ikatan ion dalam sebatian aluminium fluorida.
Jawapan:
(a) Al3+ dan F–
(b) Al → Al3+ + 3e–
F + e– → F–
(c)

Soalan 2:
Muriate of Potash merupakan sejenis baja yang mengandungi sebatian kalium klorida yang tinggi. [Nombor proton: Cl = 17, K = 19]
(a) Tulis formula kimia bagi kalium klorida.
(b) Jelaskan pembentukan ikatan ion dalam sebatian kalium klorida.
Jawapan:
(a) KCl
(b)
– Susunan elektron atom kalium, K ialah 2.8.8.1. Atom kalium menderma satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, ion kalium, K+ terbentuk.
– Elektron yang diderma ini dipindah kepada atom klorin.
– Susunan elektron atom klorin, Cl ialah 2.8.7. Atom klorin akan menerima satu elektron tersebut dan membentuk ion klorida, Cl– dengan susunan elektron oktet yang stabil.
– Ion kalium, K+ dan ion klorida, Cl– yang berlainan cas tertarik antara satu sama lain oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat.
– Sebatian kalium klorida, KCl terbentuk.