Uji Kendiri 5.3 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5 (Ikatan Kimia)


Soalan 1:
Nyatakan tiga jenis ikatan kovalen.

Jawapan:
Ikatan tunggal, ikatan ganda dua, ikatan ganda tiga


Soalan 2:
Bagaimanakah ikatan kovalen terbentuk?

Jawapan:
Ikatan kovalen terbentuk apabila atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.


Soalan 3:
Lukiskan pembentukan ikatan kovalen di dalam molekul air, H2O.

Jawapan:



Soalan 4:
Bolehkah atom karbon, C berkongsi elektron dengan empat atom hidrogen, H untuk membentuk molekul metana? Terangkan. [Nombor proton: H = 1, C = 6]

Jawapan:
– Ya.

– Susunan elektron atom karbon, C ialah 2.4. Atom karbon mempunyai 4 elektron valens. Atom karbon memerlukan 4 elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, iaitu 2.8. Maka, atom karbon menyumbangkan 4 elektron untuk dikongsi.

– Susunan elektron atom hidrogen, H pula ialah 1. Atom hidrogen memerlukan satu elektron untuk mencapai susunan elektron duplet yang stabil. Maka, atom karbon menyumbangkan 1 elektron untuk dikongsi.

– Oleh itu, satu atom karbon berkongsi empat pasang elektron dengan empat atom hidrogen. 4 ikatan kovalen tunggal terbentuk dan sebatian kovalen dengan formula CH4 terhasil.


Soalan 5:
Nyatakan satu persamaan dan dua perbezaan antara ikatan ion dengan ikatan kovalen.

Jawapan:
Hanya elektron valens sahaja yang terlibat dalam pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen.

Ikatan ion melibatkan pemindahan elektron, manakala ikatan kovalen melibatkan perkongsian elektron.

Ikatan ion melibatkan unsur logam dan unsur bukan logam, manakala ikatan kovalen melibatkan unsur bukan logam sahaja.