Uji Kendiri 4.4 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4 (Jadual Berkala Unsur)


Soalan 1:
Berikan dua contoh unsur Kumpulan 1.

Jawapan:
Litium dan rubidium (mana-mana unsur Kumpulan 1)


Soalan 2:
Jadual 4.5 menunjukkan susunan elektron untuk unsur X, Y dan Z.


(a) Nyatakan dua perbezaan sifat fizik antara unsur X, Y dan Z.

(b) Unsur X dapat bertindak balas dengan oksigen apabila dipanaskan. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.

(c) Susun kereaktifan unsur X, Y dan Z mengikut tertib menaik. Terangkan perbezaan kereaktifan ini.


Jawapan:
(a) – Takat lebur dan takat didih X adalah lebih tinggi, diikuti oleh Y dan Z.
– Saiz atom Z adalah lebih besar, diikuti oleh Y dan X.

(b) 4X(p) + O2(g) → 2X2O(p)

(c) Susunan menaik kereaktifan: X, Y, Z
Logam Z adalah lebih reaktif diikuti oleh logam Y dan X. Kereaktifan logam Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan kerana saiz atom semakin bertambah. Oleh itu, elektron valens menjadi semakin jauh daripada nukleus, maka lebih mudah bagi atom tersebut untuk mendermakan elektron valens.