Aktiviti 1M :
Jalankan aktiviti dalam kumpulan.
1. Bincangkan dan terangkan situasi yang berikut:
(a) Apakah perbezaan antara pengaratan besi dan kakisan logam?
(b) Huraikan mekanisme pengaratan besi dari segi pengoksidaan dan penurunan.
(c) Bagaimanakah logam yang lebih elektropositif daripada besi dapat mencegah pengaratan besi? Nyatakan beberapa contoh aplikasi dalam kehidupan seharian.
2. Bentangkan hasil perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain secara Gallery Walk.
Jawapan:
1. (a) Pengaratan besi adalah kakisan logam yang berlaku pada besi sahaja manakala kakisan logam berlaku pada semua logam.
1. (b)
– Ferum mengalami tindak balas pengoksidaan apabila atom ferum membebaskan elektron membentuk ion Fe2+.
Fe → Fe2+ + 2e−
– Oksigen mengalami tindak balas penurunan apabila oksigen menerima elektron untuk membentuk ion OH−
O2 + 2H2O + 4e− → 4OH−
– Ion Fe2+ bertindak balas dengan ion OH− untuk membentuk ferum(II) hidroksida, Fe(OH)2.
Fe2+ + 2OH− → Fe(OH)2
– Fe(OH)2 mengalami pengoksidaan yang berterusan oleh oksigen untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat, Fe2O3. xH2O iaitu karat.
(c)
– Logam yang lebih elektropositif daripada besi lebih cenderung untuk membebaskan elektron.
– Logam yang lebih elektropositif daripada besi akan terkakis dan pengaratan besi dapat dicegah.
– Logam yang lebih elektropositif daripada besi menjadi logam korban.
– Contoh: Tiang jambatan, badan kapal dan paip bawah tanah.