Rajah 1.43 menunjukkan pemerhatian kepada dua eksperimen untuk mengkaji kesan logam P dan logam Q ke atas pengaratan besi.

(a) Cadangkan logam P dan logam Q.
(b) Terangkan tindak balas yang berlaku dalam eksperimen I dan eksperimen II. Sertakan setengah persamaan dalam jawapan anda.
(c) Susunkan keelektropositifan logam besi, P dan Q dalam tertib menaik.
Jawapan:
(a)
P : Kuprum
Q : Zink
(b)
Eksperimen I
– Tindak balas redoks.
– Ferum mengalami tindak balas pengoksidaan apabila atom ferum membebaskan elektron membentuk ion Fe2+.
Fe → Fe2+ + 2e−
– Tompok biru dalam tabung uji menunjukkan kehadiran ion Fe2+.
– Oksigen mengalami tindak balas penurunan apabila oksigen menerima elektron untuk membentuk ion OH−
O2 + 2H2O + 4e− → 4OH−
Eksperimen II
– Tindak balas redoks.
– Zink mengalami tindak balas pengoksidaan apabila atom zink membebaskan elektron membentuk ion Zn2+.
Zn → Zn2+ + 2e−
– Oksigen mengalami tindak balas penurunan apabila oksigen menerima elektron untuk membentuk ion OH−
O2 + 2H2O + 4e− → 4OH−
– Tompok merah jambu menunjukkan kehadiran ion OH−
– Tidak terdapat tompok biru dalam tabung uji menunjukkan tiada ion Fe2+.
(c) Cu, Fe, Zn
Dalam industri pengeluaran makanan, kepingan keluli disadur dengan timah sebelum digunakan untuk membuat tin makanan. Terangkan cara timah dapat mengelakkan keluli daripada berkarat.
Jawapan:
– Stanum membentuk lapisan perlindungan oksida.
– Lapisan stanum oksida ini bertindak melindungi keluli daripada bersentuh dengan oksigen dan air. Oleh itu keluli tidak mengalami pengoksidaan dan pengaratan tidak berlaku.
