Aktiviti 3.2 (A):
Mengkaji konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif secara analogi
Bahan: 36 sesendal, 1 bolt 5 cm, 5 nat, 1 magnet ceper dan benang
Radas: Neraca dua piring
(A) Jisim atom relatif berdasarkan skala karbon-12
Prosedur:
1. Anda dibekalkan dengan tiga model atom karbon-12. Hitungkan bilangan sesendal yang membentuk setiap model atom karbon-12.

2. Ceraikan sesendal dalam model-model itu dan gunakan untuk langkah-langkah seterusnya.
3. Letakkan satu atom unsur A di atas neraca dua piring seperti dalam Rajah 3.4.

4. Letakkan sesendal satu per satu di atas piring yang satu lagi sehingga neraca seimbang.
5. Kira dan catatkan bilangan sesendal yang digunakan dalam jadual seperti Jadual 3.1.
6. Ulang langkah 3 hingga 5 dengan menggunakan atom unsur B dan atom unsur C.
7. Hitungkan jisim relatif satu sesendal dalam model itu dengan menganggap setiap atom karbon-12 diberikan jisim tepat 12 unit. Seterusnya, deduksikan jisim atom relatif unsur A, B, dan C.
Keputusan:

Perbincangan:
1. Berapakah bilangan sesendal yang membentuk model satu atom karbon-12?
2. Apakah yang mewakili 1/12 kali jisim satu atom karbon-12 dalam aktiviti ini?
3. Takrifkan jisim atom relatif sesuatu unsur berdasarkan skala karbon-12.
Jawapan:
A. Perbincangan:
1. 12
2. Sesendal
3. Jisim purata satu atom unsur berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.

Aktiviti 3.2 (B):
Jisim molekul relatif berdasarkan skala karbon-12
Prosedur:
1. Sediakan model molekul X, Y, dan Z seperti dalam Gambar foto 3.3.

2. Letakkan satu molekul X di atas salah satu piring neraca.
3. Letakkan sesendal satu per satu di atas piring yang satu lagi sehingga neraca seimbang.
4. Kira dan catatkan bilangan sesendal yang digunakan dalam jadual seperti Jadual 3.2.
5. Ulang langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan molekul Y dan molekul Z.
6. Deduksikan jisim molekul relatif X, Y, dan Z.
Keputusan:

Perbincangan:
1. Berdasarkan Aktiviti B, berikan definisi jisim molekul relatif berdasarkan skala karbon-12.
2. Hitungkan jumlah jisim atom relatif bagi unsur-unsur yang membentuk molekul X, Y, dan Z.
3. Bandingkan jawapan anda pada soalan 2 dengan jisim molekul relatif yang diperoleh dalam Aktiviti B. Apakah inferens yang boleh dibuat tentang hubungan antara jisim molekul relatif dan jisim atom relatif?
4. Molekul W terbina daripada satu atom unsur A, satu atom unsur B dan satu atom unsur C.
Ramalkan jisim molekul relatif W.
Jawapan:
B. Perbincangan:
1. Jisim purata satu molekul berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.
2. (Jawapan murid yang sesuai)
3. Jisim molekul relatif menyamai jumlah jisim atom relatif semua atom yang membentuk molekul.
4. (Jawapan murid yang sesuai dengan menggunakan hubung kait berikut:
JMR bagi molekul W = JAR bagi A + JAR bagi B + JAR bagi C)