Aloi

  1. Aloi ialah campuran yang terdiri daripada dua atau lebih logam mengikut kadar peratusan yang ditetapkan.
  2. Campuran logam-logam ini akan mengubah sifat logam asal dan menghasilkan aloi vang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki.

Kekerasan Aloi Berbanding dengan Logam Tulen

  1. Sifat-sifat logam seperti mulur, mudah ditempa, dan mudah berkarat menyebabkannya kurang berguna untuk tujuan-tujuan tertentu.
  2. Sifat-sifat logam tulen ini boleh diubah melalui pengaloian.
  3. Kehadiran atom-atom logam asing dalam logam asal mengganggu struktur atom logam asal. Ini menjadikan aloi lebih keras daripada logam asal.
    (Logam tulen – Atom-atom boleh menggelongsor antara satu sama lain dengan mudah)
    (Aloi – Kehadiran atom-atom asing menghalang atom-atom daripadamenggelongsor antara satu sama lain. Ini menyebabkan aloi tidak mudah dimulurkan atau ditertempakan berbanding dengan logam tulen.)

Tujuan-Tujuan Membuat Aloi

  1. Logam tulen dialoikan dengan logam lain untuk
    1. menambahkan kekerasan
      Contoh:
      Magnalium diperbuat daripada aluminium dan magnesium untuk meningkatkan kekerasan logam tulen tetapi pada masa yang sama, mengekalkan kekilauannya.
    2. mencegah kakisan
      Contoh
      Keluli nirkarat yang boleh menahan karat dibuat dengan menambah karbon, kromium dan nikel ke dalam besi.
    3. membaiki rupa
      Contoh:
      Kuprum dan antimoni yang ditambah kepada timah menghasilkan piuter, yang digunakan untuk membuat barang hiasan.

Q & A

Q: Terangkan mengapa aloi kuprum lebih keras daripada tembaga tulen?
A:

  1. Terdapat atom-atom asing di dalam aloi kuprum, .
  2. Atom-atom asing ini dapat menghalang penggelongsoran antara lapisan-lapisan atom kuprum. Ini menjadikan logam lebih keras, kurang tempa dan mulur.

Leave a Comment