Ammonia ialah sebatian yang sangat berguna dalam industri.
Penggunaan Ammonia
Dalam Industri sebahagian besar ammonia digunakan dalam pembuatan baja bernitrogen. Misalnya Ammonium sulfat tindak balas ammonia dengan asid sulfurik 2NH3 + H2SO4 → (NH4)2SO4 Ammonium nitrat tindak balas ammonia dengan asid nitrik NH3 + HNO3 → NH4NO3
Kegunaan utama ammonia yang lain:
Sebagai penyejuk dalam peti sejuk
Membuat asid nitrik dalam proses Ostwald
Membuat bahan letupan (dari asid nitrik)
Mencegah susu getah membeku (untuk menyimpan susu getah dalam bentuk cecair)
Menghasilkan ammonium klorida (elektrolit dalam pembuatan sel kering)