Ammonia

  1. Formula ammonia ialah NH3
  2. Ammonia ialah sebatian yang sangat berguna dalam industri.

Penggunaan Ammonia

  1. Dalam Industri sebahagian besar ammonia digunakan dalam pembuatan baja bernitrogen. Misalnya
    Ammonium sulfat
    tindak balas ammonia dengan asid sulfurik
    2NH3 + H2SO4 → (NH4)2SO4
    Ammonium nitrat
    tindak balas ammonia dengan asid nitrik
    NH3 + HNO3 → NH4NO3
  2. Kegunaan utama ammonia yang lain:
    1. Sebagai penyejuk dalam peti sejuk
    2. Membuat asid nitrik dalam proses Ostwald
    3. Membuat bahan letupan (dari asid nitrik)
    4. Mencegah susu getah membeku (untuk menyimpan susu getah dalam bentuk cecair)
    5. Menghasilkan ammonium klorida (elektrolit dalam pembuatan sel kering)

Leave a Comment