Asid Sulfurik

  1. Asid sulfurik adalah asid mineral yang sangat menghakis dengan formula molekul H2SO4
  2. Asid sulfurik adalah asid diprotik.
  3. Asid sulfurik ialah bahan buatan yang sangat penting dalam industri. Ia merupakan bahan mentah kepada bahan buatan lain.

Kegunaan Asid Sulfurik

  1. Sebahagian besar asid sulfurik digunakan dalam pembuatan baja, seperti:
    1. Baja ammonium sulfat
      [tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan ammonia akueus]
      H2SO4 + 2NH3 (NH4)2SO4
    2. Baja kalium sulfat
      [tindak balas peneutralan antara asid sulfurik dan kalium hidroksida.]
      H2SO4 + 2KOH → K2SO4 + 2H20
  2. Penggunaan asid sulfurik dalam yang lain termasuk
    1. membuat detergen
    2. sebagai elektrolit dalam akumulator asid plumbum
    3. membuat pigmen cat
    4. membuat gentian tiruan (polimer)
    5. sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam elektrik

Leave a Comment