Tujuan: Mengkaji kesan kehadiran mangkin ke atas kadar tindak balas.
Pernyataan masalah: Bagaimanakah kehadiran mangkin boleh mempengaruhi kadar tindak balas?
Hipotesis: Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kehadiran mangkin
(b) bergerak balas : Kadar tindak balas
(c) dimalarkan: Jisim serbuk mangan(IV) oksida, MnO2, suhu dan isi padu larutan hidrogenperoksida, H2O2
Bahan: 20-isi padu larutan hidrogen peroksida, H2O2, serbuk mangan(IV) oksida, MnO2 dan air suling
Radas: Silinder penyukat 10 cm3, tabung uji, rak tabung uji, kayu uji berbara, corong turas, kertas turas, bikar 150 cm3, spatula dan penimbang elektronik
Prosedur:
1. Labelkan dua tabung uji sebagai I dan II.
2. Masukkan 5.0 cm3 larutan hidrogen peroksida, H2O2 ke dalam tabung uji I dan tabung uji II secara berasingan.
3. Letakkan kedua-dua tabung uji di dalam rak tabung uji.
4. Masukkan 0.5 g serbuk mangan(IV) oksida, MnO2 ke dalam tabung uji II. Dengan cepat, dekatkan sebatang kayu uji berbara ke mulut kedua-dua tabung uji.
5. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada kayu uji berbara dan catatkan pemerhatian.
Kesimpulan:
Adakah hipotesis yang dibuat dapat diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Perbincangan:
1. Apakah perubahan yang diperhatikan dan diukur dalam eksperimen ini?
2. Terangkan bagaimana pemerhatian dalam (1) dapat mengesahkan penerimaan hipotesis.
Jawapan:
Perbincangan:
1. Pembebasan gas oksigen yang boleh menyalakan semula kayu uji berbara.
Masa untuk gas oksigen menyalakan kayu uji berbara.
2. Lebih cepat kayu uji berbara dinyalakan, lebih tinggi kadar tindak balas.
