Elektrolisis Larutan Akueus
Elektrolisis Larutan Akueus:
- Apabila suatu bahan larut dalam air, larutan akueus dihasilkan.
- Larutan akueus suatu bahan mengandungi ion-ion daripada sebatian tersebut serta ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion hidroksida, OH– daripada penceraian separa air.
- Misalnya, larutan akueus natrium klorida mengandungi ion-ion natrium dan ion-ion klorida yang terbentuk daripada penceraian natrium klorida; ion-ion hidrogen dan ion-ion hidroksida terbentuk daripada pengionan separa molekul air.
NaCl –> Na+ + Cl–
H2O –> 2H+ + O2-
- Oleh itu terdapat dua jenis kation (ion kuprum(II) dan ion hidrogen) dan dua jenis anion (ion sulfat dan ion hidroksida) hadir dalam larutan akueus.
- Semasa elektrolisis, hanya satu jenis kation dan anion akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod masing-masing.
Pemilihan Nyahcas
- Larutan akueus mempunyai lebih daripada satu kation dan anion di dalamnya.
- Semasa elektrolisis, satu daripada dua ion di setiap anod dan katod itu akan dinyacaskan secara pilihan.
- Faktor-faktor yang menentukan ion yang akan dinyahcaskan secara pilihan ialah:
- Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
- Kepekatan ion
- Jenis elektrod yang digunakan.
<