Ikatan Logam August 16, 2024April 10, 2015 by Whatsapp Cikgu Kwee sekarang! Atom-atom logam tersusun rapat dan teratur dalam lapisan. Atom-atom unsur logam adalah elektropositif dan cenderung mendermakan elektron valensnya dengan mudah. Elektron valens atom-atom logam yang dinyahsetempat kemudian membentuk awan elektron dan kation logam. Seperti dalam rajah di bawah, atom-atom logam tersusun dengan teratur dan hanya bergetar pada kedudukan yang tetap. Elektron dalam awan elektron bebas bergerak dalam pepejal logam. Ikatan logam adalah daya tarikan antara ion positif logam (kation) dengan elektron dalam lautan elektron yang dinyahsetempatkan. Kekonduksian Elektrik Logam Logam merupakan konduktor elektrik yang baik. Elekton-elektron yang dinyahsetempatkan berada dalam lautan elektron yang bebas bergerak ke seluruh logam. Elektron-elektron dalam lautan elektron boleh membawa cas elektrik apabila beza keupayaan dikenakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Whatsapp Cikgu Kwee sekarang!