Kadar Purata – Perubahan boleh diukur

Menentukan Kadar Purata Bagi Perubahan Boleh Diukur

  1. Apabila suatu tindak balas kimia berlaku, dua perkara berikut akan berlaku:
    1. Kuantiti bahan tindak balas berkurangan dengan masa.
    2. Kuantiti hasil tindak balas yang terbentuk bertambah dengan masa.
  2. Kuantiti bahan tindak balas dan hasil tindak balas yang dimaksudkan termasuk
    1. kepekatan larutan
    2. jisim pepejal
    3. isi padu gas dan sebagainya.
  3. Kadar tindak balas boleh ditentukan dengan menyukat perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas dalam satu unit masa.
  4. Misalnya, dalam tindak balas antara asid sulfurik cair dengan pita magnesium, dua perubahan berikut diperhatikan:
    1. Pengurangan jisim magnesium (bahan tindak balas)
    2. Pembebasan gas hidrogen (hasil tindak balas)

Mg + H2SO4 → MgSO4 +  H2

Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentukan dengan menilai pengurangan jisim magnesium dengan masa

Atau penambahan isi padu gas hidrogen dengan masa

Contoh:
Dalam satu tindak balas, 5 g kalsium karbonat mengambil masa 250 saat untuk bertindak balas sepenuhnya dengan larutan asid hidroklorik. Kirakan kadar purata bagi tindak balas ini dalam unit
(a) g s-1 dan
(b) mol s-1
[ Jisim atom relatif: C 12; O, 16; Ca, 40]

Jawapan:
a.
Kadar tindak balas
= 5g/250s
=0.02 gs-1

b. Jisim formula relatif kalsium karbonat (CaCO3 )
=40+12+3(16) = 100

Bilangan mol CaCO3
= 5g/(100 gmol-1)
=0.05 mol

Kadar tindak balas
= 0.05 mol/250s
=0.0002 mols-1